Monday 30 April 2012


KRT 3013

TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Nama: Zalina bt. Yahaya

Group UPSI: B02 (A112 PJJ)

No. Matriks: D20111049851

Nama Pensyarah: Cik Asmara Bt. Alias

Video Rakaman Pra Sekolah SK Puchong Utama 1


Video Rakaman Pra Sekolah SK Puchong Utama 1




Video menunjukkan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti mengenal jalur gemilang sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di Pra Sekolah SK Puchong Utama 1. Video bagi aktiviti-aktiviti menyanyi lagu Jalur Gemilang, membuat kolaj dan mewarnakan bendera Malaysia tidak dapat dimuatnaik kerana masalah teknikal.

Sunday 29 April 2012

Teknik Nyanyian Dalam Pengajaran Pra Sekolah

Teknik Nyanyian Dalam Pengajaran Pra Sekolah

     Nyanyian memberi peluang kepada kanak-kanak menggunakan suara bagi melahirkan perasaan. Kanak-kanak memang suka menyanyi. Emosi kanak-kanak tergambar menerusi senikata lagu. Kanak-kanak berasa gembira dan seronok apabila menyanyi, kerana nyanyian boleh merangsang minat kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan memberi peluang mereka melakukan pergerakan. Aktiviti nyanyian menggalakkan penglibatan menyeluruh kanak-kanak dan boleh dijalankan secara individu, berpasangan, kumpulan dan berpusingan.
     Menyanyi juga dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas (Hawijah Ahmad & Md Safea Mohamad, 1992).

Rancangan Pengajaran Harian

Pra Sekolah Bahasa Malaysia



Tarikh             25 April, 2012        Bilangan murid:  20 orang

Hari:                  Rabu

Kelas:                Pra Sekolah

Mata pelajaran:   Bahasa Malaysia

Tunjang Utama:  Kemanusiaan/Kemerdekaan

Tajuk:                Bendera Jalur Gemilang

Objektif:            Pada akhir pembelajaran murid dapat:

a)      Mengecam dan mengenal bendera Malaysia dengan menyebut ciri-ciri yang terdapat pada Bendera Malaysia.

b)      Menyatakan cara menunjukkan penghormatan terhadap Bendera Malaysia.



Pengetahuan sedia ada murid:

1.  Murid pernah melihat Bendera Malaysia

Konsep:                       Ciri-ciri utama dalam Bendera Malaysia.

Bahan:                        
Bendera, kertas warna (merah, kuning, biru), kertas, gam, lakaran Jalur Gemilang, kad manila, radio, kaset Jalur Gemilang / komputer riba

Nilai:                            Menghayati, menghormati dan menghargai

Kemahiran:         
1. Standard pembelajaran utama.
a)      KM. 8.1.9 – Mengecam Bendera Malaysia
b)      KM. 8.1.10 – Menunjukkan Penghormatan kepada Bendera Malaysia

2. Standard pembelajaran lain yang disepadukan

a)  PFK 1.1.10 – Menggunakan tangan untuk menampal kolaj

Kosa kata:            
Bendera, Jalur Gemilang, bintang, bulan, berselang-seli.


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi

5 minit

- Bendera Malaysia.
Soalan:

1) Pernahkah kamu   
    melihat bendera
    Malaysia ini?

2) Dimanakah
    kamu melihat
    bendera ini?

1) Guru meminta
    murid mencari
    Bendera Malaysia   
    yang disorokkan.

2) Guru menyoal
    murid tentang
    bendera.

3) Guru mengaitkan
    tajuk pelajaran.

4) Guru memasang
    CD lagu Jalur
    Gemilang.


1) Murid mencari Bendera Malaysia di sekeliling mereka.

2) Murid menjawab secara individu.

3) Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

BCB-Belajar cara belajar.

KB-Menghubungkaitkan
Langkah I

15 minit

Ciri-ciri Jalur Gemilang.

1) Bulan Sabit
- warna kuning

2) Bintang 14 bucu
- warna kuning

3) Latar segi empat
- warna biru

4) Empat Jalur
- merah pendek

5) Empat Jalur
- putih pendek

6) Tiga Jalur
- merah panjang

7) Tiga Jalur
- putih panjang

8) Susunan dari
    atas mula
    dengan jalur
    merah berselang
    dengan jalur
    putih.


Guru menanyakan murid tentang ciri-ciri bendera Malaysia.

- Guru membimbing murid

- Guru memberi penerangan yang betul dengan menunjukkan carta Bendera Malaysia


1) Murid menjawab
    tentang ciri-ciri
    yang ada pada
    Bendera
    Malaysia.

2) Murid
    mendengan
    penerangan
    guru.

KB-Mengumpul dan mengkelaskan

KB-Menjana idea

BCB-Mendengar dengan berkesan

KB-Mencirikan

Kosa kata:

1) Bendera
2) Jalur Gemilang
3) Bintang
4) Berselang-seli

Langkah II

10 minit

Contoh:

1) Berdiri tegak
    semasa bendera
    dinaikkan,
    menyanyikan
    Lagu
    Kebangsaan

2) Tidak boleh
     memijak
     bendera

3) Tidak boleh
    mengoyakkan
    bendera

4) Tidak boleh
    menjatuhkan
    bendera


Guru mempamerkan Jalur Gemilang sebenar pada papan putih.

- Guru berbincang dengan murid bagaimana menunjukkan penghormatan pada Jalur Gemilang.

1) Murid
    menunjukkan
    aksi
    menghormati
    bendera Jalur
    Gemilang

KP-Interpersonal
Langkah III

15 minit

Langkah membuat kolaj Jalur Gemilang

a) Koyak kertas warna (saiz kecil)

b) Pintas kertas warna menggunakan tangan

c) Lekatkan kertas di atas lakaran Jalur Gemilang mengikut warna yang betul


Guru menunjukkan cara membuat kolaj Jalur Gemilang.

- Guru membimbing murid menjalankan aktiviti

1) Murid
    dibahagikan
    kepada 5
    kumpulan

- Setiap kumpulan
  menerima alatan
  daripada guru

2) Murid
    menjalankan
    aktiviti sehingga
    selesai

KB-menjana idea

Konstruktivisme – menjelaskan idea baru

Ilmu: Pendidikan Seni
Langkah IV

5 minit

Ciri-ciri bendera

Guru meminta murid memberi sedikit penerangan tentang hasil daripada kolaj


1) Murid
    mempamerkan
    hasil kerja yang
    telah siap

2) Murid
    menceritakan
    tentang bendera
    yang dihasilkan
    daripada aktiviti
    kolaj


Ilmu: Sivik
Langkah V

5 minit

Penutup
5 minit

Lembaran kerja
- mewarnakan bendera

Guru memperdengarkan lagu Jalur Gemilang melalui kaset

1) Murid membuat l
    lebaran kerja

2) Semua murid
    berdiri
    mengibarkan
    Jalur Gemilang
    sambil
    mendengarkan
    lagu Jalur
    Gemilang







Lampiran



Nama:    ____________________                Tarikh:    ___________

Kelas:     ____________________

Arahan:  Warnakan Bendera Malaysia di bawah.

                                              

Sunday 15 April 2012

Contoh Pengintergrasian TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.

1. Menulis karangan menggunakan prisian pemprosesan seperti MS World. Murid boleh menggunakan imej untuk mengukuhkan karangan supaya lebih menarik.

2. Menghantar tugasan atau berkongsi idea melalui e-mel.

Sunday 8 April 2012

Tiga cadangan asas yang perlu diberi perhatian oleh guru bahasa Melayu bagi menjayakan aktiviti internet.

1. Guru perlu mengintergrasikan beberapa kemahiran bahasa dalam satu pelajaran seperti aktiviti menulis surat kepada rakan pena melalui e-mel diintergrasikan dengan kemahiran menulis.

2. Guru dan pelajar perlu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menggunakan komputer.

3. Guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam membimbing dan memberi dorongan serta galakan kepada pembelajar bahasa bagi mengelakkan mereka berasa kecewa dan putusasa ketika menghadapi kesukaran dan masalah dalam penggunaan internet.- ( Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Zamri Mahamod &M.Amin )

Saturday 31 March 2012

penggunaan ICT dalam subjek Bahasa Melayu

Dunia kini kian maju, guru juga telah menjadikan ICT sebagai bahan bantu mengajar yang paling berkesan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Guru-guru juga dapat meluaskan lagi konsep pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan ICT dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Gambar-gambar dibawah menunjukkan contoh-contoh aplikasi ICT dalam P&P



murid-murid akan lebih menumpukan perhatian jika ICT digunakan dalam P&P.


guru sedang menyediakan bahan P&P menggunakan ICT


murid-murid mampu meneroka untuk mencari ilmu dengan sendiri.


Pergi ke Bandung menaiki Air Asia,
Untuk membeli baju melayu,
Transformasi Kurikulum Bahasa Malaysia,
Mengangkat martabat Bahasa Melayu.


Di pagi raya berbaju melayu,
Pergi beraya bersama rakan,
Mengangkat martabat Bahasa Melayu,
Itulah hasrat Kementerian Pelajaran.


Thursday 29 March 2012