Sunday 29 April 2012


Rancangan Pengajaran Harian

Pra Sekolah Bahasa Malaysia



Tarikh             25 April, 2012        Bilangan murid:  20 orang

Hari:                  Rabu

Kelas:                Pra Sekolah

Mata pelajaran:   Bahasa Malaysia

Tunjang Utama:  Kemanusiaan/Kemerdekaan

Tajuk:                Bendera Jalur Gemilang

Objektif:            Pada akhir pembelajaran murid dapat:

a)      Mengecam dan mengenal bendera Malaysia dengan menyebut ciri-ciri yang terdapat pada Bendera Malaysia.

b)      Menyatakan cara menunjukkan penghormatan terhadap Bendera Malaysia.



Pengetahuan sedia ada murid:

1.  Murid pernah melihat Bendera Malaysia

Konsep:                       Ciri-ciri utama dalam Bendera Malaysia.

Bahan:                        
Bendera, kertas warna (merah, kuning, biru), kertas, gam, lakaran Jalur Gemilang, kad manila, radio, kaset Jalur Gemilang / komputer riba

Nilai:                            Menghayati, menghormati dan menghargai

Kemahiran:         
1. Standard pembelajaran utama.
a)      KM. 8.1.9 – Mengecam Bendera Malaysia
b)      KM. 8.1.10 – Menunjukkan Penghormatan kepada Bendera Malaysia

2. Standard pembelajaran lain yang disepadukan

a)  PFK 1.1.10 – Menggunakan tangan untuk menampal kolaj

Kosa kata:            
Bendera, Jalur Gemilang, bintang, bulan, berselang-seli.


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi

5 minit

- Bendera Malaysia.
Soalan:

1) Pernahkah kamu   
    melihat bendera
    Malaysia ini?

2) Dimanakah
    kamu melihat
    bendera ini?

1) Guru meminta
    murid mencari
    Bendera Malaysia   
    yang disorokkan.

2) Guru menyoal
    murid tentang
    bendera.

3) Guru mengaitkan
    tajuk pelajaran.

4) Guru memasang
    CD lagu Jalur
    Gemilang.


1) Murid mencari Bendera Malaysia di sekeliling mereka.

2) Murid menjawab secara individu.

3) Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

BCB-Belajar cara belajar.

KB-Menghubungkaitkan
Langkah I

15 minit

Ciri-ciri Jalur Gemilang.

1) Bulan Sabit
- warna kuning

2) Bintang 14 bucu
- warna kuning

3) Latar segi empat
- warna biru

4) Empat Jalur
- merah pendek

5) Empat Jalur
- putih pendek

6) Tiga Jalur
- merah panjang

7) Tiga Jalur
- putih panjang

8) Susunan dari
    atas mula
    dengan jalur
    merah berselang
    dengan jalur
    putih.


Guru menanyakan murid tentang ciri-ciri bendera Malaysia.

- Guru membimbing murid

- Guru memberi penerangan yang betul dengan menunjukkan carta Bendera Malaysia


1) Murid menjawab
    tentang ciri-ciri
    yang ada pada
    Bendera
    Malaysia.

2) Murid
    mendengan
    penerangan
    guru.

KB-Mengumpul dan mengkelaskan

KB-Menjana idea

BCB-Mendengar dengan berkesan

KB-Mencirikan

Kosa kata:

1) Bendera
2) Jalur Gemilang
3) Bintang
4) Berselang-seli

Langkah II

10 minit

Contoh:

1) Berdiri tegak
    semasa bendera
    dinaikkan,
    menyanyikan
    Lagu
    Kebangsaan

2) Tidak boleh
     memijak
     bendera

3) Tidak boleh
    mengoyakkan
    bendera

4) Tidak boleh
    menjatuhkan
    bendera


Guru mempamerkan Jalur Gemilang sebenar pada papan putih.

- Guru berbincang dengan murid bagaimana menunjukkan penghormatan pada Jalur Gemilang.

1) Murid
    menunjukkan
    aksi
    menghormati
    bendera Jalur
    Gemilang

KP-Interpersonal
Langkah III

15 minit

Langkah membuat kolaj Jalur Gemilang

a) Koyak kertas warna (saiz kecil)

b) Pintas kertas warna menggunakan tangan

c) Lekatkan kertas di atas lakaran Jalur Gemilang mengikut warna yang betul


Guru menunjukkan cara membuat kolaj Jalur Gemilang.

- Guru membimbing murid menjalankan aktiviti

1) Murid
    dibahagikan
    kepada 5
    kumpulan

- Setiap kumpulan
  menerima alatan
  daripada guru

2) Murid
    menjalankan
    aktiviti sehingga
    selesai

KB-menjana idea

Konstruktivisme – menjelaskan idea baru

Ilmu: Pendidikan Seni
Langkah IV

5 minit

Ciri-ciri bendera

Guru meminta murid memberi sedikit penerangan tentang hasil daripada kolaj


1) Murid
    mempamerkan
    hasil kerja yang
    telah siap

2) Murid
    menceritakan
    tentang bendera
    yang dihasilkan
    daripada aktiviti
    kolaj


Ilmu: Sivik
Langkah V

5 minit

Penutup
5 minit

Lembaran kerja
- mewarnakan bendera

Guru memperdengarkan lagu Jalur Gemilang melalui kaset

1) Murid membuat l
    lebaran kerja

2) Semua murid
    berdiri
    mengibarkan
    Jalur Gemilang
    sambil
    mendengarkan
    lagu Jalur
    Gemilang







Lampiran



Nama:    ____________________                Tarikh:    ___________

Kelas:     ____________________

Arahan:  Warnakan Bendera Malaysia di bawah.

                                              

No comments:

Post a Comment